Wednesday, 17 August 2016

Bestfriend VS Tunang Part2 (Tips Hubungan Kekal Lama)


Assalamualaikum , Salam rabu semuanya. Dua hari tidak buat entry sebab bercuti . Ahad lalu kami buat program dengan komuniti PI1M Mesilou itulah ada rasa penat sikit :) Cuba cari saya dalam gambar dibawah, you all exercise mata sikit k? 



Dapat nampak juga kah saya? hahah almaklumlah tinggi sama jak macam budak-budak yang ikut aktiviti tu hari . Oh ya! Kita sambung story morry kita . Bestfriend vs Tunang bahagian 2. Macam cerita upin ipin pula kan yang ada part 1 part 2. Okey, kalau minggu lalu kita bercakap pasal kes kawan saya yang tunang dia salah faham dengan saya. Harini kita cerita lagi pasal kes lebih kurang sama tapi ni part tunang cemburu bila bestfriend kongsi masalah sesama sendiri. 

Kawan saya ni nama dia Hulk , of course bukan nama sebenar k? Hulk ni sudah tunang dalam 1 tahun setengah, dan saya dan Hulk sudah berkawan selama 5 tahun setengah. Dia anggap saya ni macam adik beradik lain mama lain bapa, bila dia ada masalah dengan fiance dia dia akan cerita dengan saya. Kamu rasa kenapa? ada sebab lelaki meluahkan masalah dia dengan perempuan lain sebab pertama, bila dia luah dengan kawan lelaki, mesti kawan lelaki akan dengar dan selalunya tiada jalan penyelesaian sebab perempuan ni sukar difahami oleh lelaki, dan sebab kedua ialah dia tidak ada adik beradik perempuan yang lain untuk bercerita bab-bab begini. Saya faham keadaan si tunang bila dia sangat-sangat cemburu mengenai hal ini, sebab saya pun perempuan. Mesti si tunang akan cakap macam ni "Kenapa mesti bagitahu dia?, kenapa tidak cakap sama saya terus?" si lelaki ada sebab kenapa dia tidak bagitau, kalau perempuan ni tengah marah semua benda jadi tidak betul dalam pemikiran dia. Betul atau tidak?


Saya nasihatkan para wanita, Sebelum kita main terjah jak cakap, marah tunang kita, kita kena periksa betul-betul.. fikir dalam-dalam..sebab sia-sia perhubungan tu dipertahankan lama-lama, kita mesti sedar lelaki ni banyak pilihan, tapi kalau kamu berjodoh, jodoh juga lah bah tu kan.

Walaupun saya gagal mempertahankan hubungan 10 tahun saya, namun kami berpisah bukan sebab kami tidak saling sayang menyanyangi, chewah! tapi atas nasihat keluarga masing-masing, Guys~ restu keluarga itu sangat-sangat penting tau. Sini saya bagi tips hubungan kekal lama,

Tips Mengekalkan Hubungan :-

1. Percaya dengan pasangan :
Kepercayaan sangat penting dalam perhubungan, kadang-kadang bila si pasangan menipu pun kita kena pura-pura juga percaya sebab dia pandai sedar sendiri juga tu bila dia salah. 

2. Jangan mudah melenting , cari jalan penyelesaian yang terbaik :
Apabila kita ditimpa masalah, jangan cepat marah, jangan menuduh sembarangan, lelaki paling benci apabila dituduh, tidak kiralah kawan dia tuduh ka, bini dia tuduh kah, mama dia tuduh kah memang kebanyakan lelaki tidak suka bila dituduh. Kalau betul si lelaki melakukan kesilapan cari bukti, baru bincang bagus-bagus. Bila kita dengar sesuatu yang menyakitkan hati kita kena istighfar banyak-banyak, positifkan minda baru kita minta tau keadaan sebenar. Salah faham adalah masalah terbesar dalam perhubungan. Jangan biar sesal datang kemudian ok?

3. Jadilah bestfriend dan juga supporter kepada pasangan:
Apa salahnya kalau kita cuba jadi bestfren kepada pasangan kita, kalau dia minat Man.U kita cuba minat Man.U juga. Buat sikit homework, kadang-kadang pura-pura tau pasal bola pun bulih juga, at least dia boleh berkongsi cerita dengan kita. Contohlah, boyfriend/tunang minat anime apa salahnya kita tengok sekali sekala. Mahu bersama ni perlukan pengorbanan, saling melengkapi lah~ takkan si lelaki ja mau ikut cakap kita kan? Kita kena faham emosi dia, bila dia kurang bercakap, kurang bercerita mungkin dia ada masalah, cuba kita minta share masalah dia~ tapi kalau dia tidak mau kasitau jangan lah bah paksa-paksa kan? at least kita try. Kadang-kadang ada waktu dia akan kesempitan wang, lelaki yang macho selalu nya tidak minta tolong tapi kita kena cuba hulurkan bantuan, 1 2 kali bolehlah, tapi kalau balik-balik kita kena hati-hati jugak. 

4. Ucapkan kata-kata indah atau gurauan :
Tips ni bagi pasangan yang sudah bertunang ataupun berkahwin, kalau yang masih bercinta-cinta tu err saya tidak galakan sebab ia akan lebih kepada ikhtilat. Sekarang banyak ayat-ayat power yang apa diurang panggil tu "cia cia cia" dia bilang kan. Sekali sekala kasi gembira lah bah tu pasangan dengan ayat-ayat begitu. cotohnya "Pecah kaca pecah gelas, will you be my first and last" eseseh~ tapi kalau terlampau selalu tu bikin muntah juga kan. Kadang-kadang saja bah buat, kita kadang-kadang mesti ada sense of humor dalam perhubungan. Sebenarnya lelaki suka yang sweet-sweet juga tapi diurang malu mau kasitau. well! gudluck mencipta ayat-ayat cinta begitu aaa. Kalau kamu tidak tau nanti saya ajar. 

5. Berikan kejutan :
Maksud berikan kejutan ni, bukan macam kasi tekejut dia pakai ular mainan ka apa? bagi dia hadiah time bufday ka? yang kasi suprise lah kunun. Macam contoh ko mau suruh dia pi sembahyang jumaat kan, kasi hadiah dia tasbih sama kopia nah itupun kejutan juga tu. Sweetkan? Kalau perhubungan tu mendatar saja, pasal mau kawin saja ko cerita memanglah si lelaki stress. Give him sometimes, the right day will come. uiseh orang putih aa bahasa. :)

PUAS HATI??

Rasanya banyak suda tips saya bagi kamurang kan? hihi . puas hati juga kah? ada yang pi email saya dia bilang, kenapa 10 tahun sama-sama terus kamu berpisah? Next chapter nanti kita story morry pasal tu aa..Tapi satu saya ingatkan ya kawan-kawan wanita saya yang lawa comel diluar sana, Bila ada masalah dengan pasangan jangan cepat melenting. Untuk pengetahuan kamu semua, Lelaki ni sangat pentingkan sahabat dia, walaupun sudah kawin dia masih perlukan sahabat karib dia, jadi berusaha untuk jadi sahabat karib pasangan kita . Tidak lah dia lari jauh bila ada masalah. 

Bah~sampai sini saja lah ni hari, bisuk ka lusa ka, kita continue lagi kio.

Wassalam.. 

Oh ya~ Kalau kamu mau share apa-apa boleh email saya terus di shahirahecetera@gmail.com 
insyallah saya membantu yang termampu 


No comments:

Post a Comment