Thursday, 18 August 2016

Kalah Dah Jodoh Takkan Lari Kemana


Assalamualaikum , Salam Jumaat semua. Semoga dengan hari yang mulia seperti ini kita diberikan keberkatan, banyak-banyak kan lah ibadah, ada seringgit dua pergi derma di tabung masjid ok? Dimulakan dengan bismillahirahmanirahim, syukur alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan mau buat ni entry. Erm, ada kawan saya baca blog saya kan dia cakap macam mau muntah pasal cinta-cinta saja dia bilang. Alaa~~ perempuan kan suka yang sweet-sweet. Okey harini kita bercerita pasl cinta lagi. Seperti yang say telah janjikan saya akan story morry lah sikit macam mana hubungan hampir 10 tahun lamanya boleh putus ketika percintaan hampir ke garisan penamat. hahahahha! mentang-mentang olimpik kan saya menulis pun macam pengulas sukan suda haha. Where Should I Start?


Macam gambar diatas , kami suda berkenalan lebih daripada 10 tahun lamanya,. So kita singkatkan cerita macam kita buat Q & A session, lagi senang kot baca. Lagipun saya bukan artis ka apa, so mau buat article panjang-panjang bikin apa kan? 

1. Macam mana kamu berjumpa?

~~Err macam mana kami jumpa aah..kami berjumpa di bustop sekolah, waktu tu hujan, saya tunggu hujan berhenti dia tiba-tiba datang dia pun tunggu hujan berhenti. Romantik kan kami? hahahah macam dalam tayangan :D , Dia bawa bersama cermin yang saya tidak tau pun dia dapat dari mana, lepastu dia renung tu cermin lama-laaaaaammmmmaaaaaa sambil cakap "Hensome oh saya!" , omaigad, ketawa sendiri saya teringat .

2. Macam mana kamu boleh bercinta?

~~Rasanya sebab sebenar kami bercinta adalah, dia kena cabar kawan dia maksudnya, dia tidak suka pun saya , main-main ja lah. Saya pula becinta sama dia sebab saya suka dia, saya pun lupa suda macam mana kami bercinta oo. 

3. Macam mana hubungan kamu boleh kekal begitu lama? tiada putus sambung kah?

Erm, actually kami memang pernah bergaduh . Pernah putus, pernah sambung balik, masing-masing pernah curang, saya tahu dia curang dia tahu saya curang, paling lama kami berpisah setahun beberapa hari rasanya, lepas tu sama-sama lagi balik. Macam mana boleh kekal lama? sebab kami saling bantu-membantu sesama sendiri. Bayangkanlah dari sekolah menengah sama-sama, waktu tu ibu bapa masih bagi duit, duit belanja sekolah kami share. Then, dia masuk PLKN, duit elaun PLKN kami share, erm saya dapat elaun menyanyi oversea , elaun saya kami share, kami masing-masing kerja lepas  saya tamat SPM, duit gaji kami share, waktu tu kami tidak ingat pun mau sambung study, yang kami tahu, mau kawin ja. Darah muda, memang begitu kali. Dia dulu masuk IPT, baru saya join dia masuk IPTS saya masuk IPTA so for sure kami punya institusi berlainan lah, I remembered bought him a pair of shoes, sampai sekarang dia masih simpan, 8 atau 7 tahun lalu if im not mistaken. Kami jarang berahsia sesama sendiri, mungkin sebab tu lah hubungan kekal lama selain daripada kami dua dua tidak suka Manchester Unite. hahahaha!

4. Kenapa kamu tidak kahwin ja? tidak sayang ka tu hubungan 10 tahun?

Bila kami tamat musim persekolahan sebelum melangkah pergi IPT, kami pernah berniat untuk menamatkan percintaan dijinjang pelamin. Chewah~ tapi masa tu sememangnya belum tepat, syukur alhamdulillah juga sebab saya tidak kawin jak waktu tu. Actually kami sama bangsa, sama mukim, sama daerah, sama negeri, sama negara cuma kami dua berlainan agama. Itulah sebanya saya dengan dia tidak dapat bersama-sama, Memang banyak cerita bila ada yang convert agama, tapi untuk dia melakukan itu dia perlu mengorbakan banyak hati termasuk family. Tahun lalu adalah tahun dimana kami hampir-hampir mengakhiri zaman percintaan kami, dengan pujukan dari saya, dan perbincangan yang panjang lebar dia bersetuju untuk mengikut jalan yang saya pilih. Tetapi mungkin jodoh tu memang tiadalah, Bila kami fikir balik, kalau kami bersama-sama in the future akan lebih banyak masalah. Kami berpisah ketika dia masih dalam tempoh latihan Polis, im giving a very hard time to him, dan dalam masa yang sama saya juga mengalami keadaan yang sama. But then, we managed to solve this 10 years problem dengan cara break up, aduh kalau fikir balik kenapa tidak dari dulu kan? hahahaha. Tapi kami masih lagi berkawan rapat macam dulu, Eventhough, dia suda ada pengganti. 

5. What so good about him? 

He is a very good looking guy, dia suka kebersihan, dia jujur, dia baik hati dan dia sangat pemurah. Dia seorang yang tidak akan waste money dengan benda yang sebenarnya lebih kearah pembaziran contohnya Ubah suai kereta, Baju yang vouge, kasut berjenama ataupun gadget lover. Dia bagi almost all his salary to his family every month, selalu belanja tinggal belanja makan & belanja minyak. Dia agak cerewet pasal makanan dan dia sangat sayang kepada binatang. Dia juga seorang yang caring dan peramah maybe sebab tu ramai perempuan suka dia hahaha. Dia sangat menghormati agama saya iaitu agama Islam walaupun dia merupakan seorang Christian. Kalau kami shopping pergi Kota Kinabalu, saya minta excuse mau solat, dia akan bagi ruang kepada saya untuk solat, Bila kami makn di restoren, Kami akan berdoa mengikut agama masing-masing. Erm~ Sepatutnya saya take picture tu time kami berdoa supaya viral di laman sosial. hahahha 


Bak kata pepatah diatas, cinta tidak seharusnya memilik. Walaupun mula-mula sukar tapi hubungan kami berakhir dengan jayanya. Saya percaya setiap pengaturan dari Allah SWT itu pasti ada hikmahnya . Kami masih lagi berhubung, kami masih lagi berkawan walaupun jarang. Selalunya pelangi akan muncul selepas hujan, im happy with my life now . Walaupun mungkin agak lewat untuk saya mulakan kembali perjalnan cerita hidup saya tapi selagi ada waktu saya akan cuba untuk mengejar Cinta yang satu iaitu Cinta kepada Allah SWT. 

Okey, sampai sini sajalah story morry kita hari ini, saya tidak tau pula ramai yang baca. Erm ada yang email tanya apa buku yang bagus untuk motivasi diri, saya akan cerita di hari-hari seterusnya okey. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi di masa akan datang. 

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment