Monday, 26 September 2016

Tiada Yang Adil Dalam Dunia Ini


Assalamualaikum semua, petang-petang ni before balik kerja saya share sikit pasal tajuk ni. Saya tertarik untuk cerita tentang ini kerana saya pernah berada disituasi ini. Does anyone agree with me? bila bercakap pasal ketidakadilan kita harus pandang rasa tidak puas hati kita itu dimana? Samada kita rasa takdir itu tidak adil? Kita menyalahkan ketentuan ilahi atau orang sekeliling yang buat kita rasa tidak adil? Ok, jom kita berbicara dari hati ke hati. :)


Why this world isnt fair? Sesetengah orang dilahirkan bijak, dilahirkan kaya tapi saya? sometimes akan ada pertanyaan di minda sebegitu rupa. Sebenarnya semua kumpulan manusia adalah saling melengkapi. Yang kaya membantu yang miskin, yang miskin membantu yang kaya. If i look into myself, for me we shouldnt blame fate or god on what happen to us? why? because we are the one who creates this world unfair. Saya akan explain kenapa saya berkata sebegitu rupa.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dengan kekuatan MB otak yang sederhana hahahaha, serta jarang bertuah dalam apa jua yang saya lakukan. Berkawan dengan mereka yang bijak pandai dan selalu bertuah buat saya rasa kerdil dan marah pada takdir. but when i think again, saya sebenarnya sendiri yang menjadikan dunia ini tidak adil. Ada sesetengah orang yang tidak belajar sungguh-sungguh tapi bila try SPA8 they got selected kali pertama mencuba, ada pula yang 10 kali cuba tapi masih tidak dapat panggilan. Ada yang otak tidak berapa cerdik tapi keluarga kaya so dia tidak payah kerja pun masih ada duit, ada pula yang cerdik otakknya tapi tidak mampu menyambung pelajaran kerana miskin dan end up dengan kemiskinan lagi.

Begitu juga dengan diri saya, i found myself not good at anything while i can do a lot of thing. Saya aktif menyanyi sejak kecil lagi, tapi dalam ratusan pertandingan yang saya join, ada dalam beberapa pertandingan saja dapat johan. Bila saya belajar macam nak mampos di universiti result saya ala kadar saja, orang lain yang tidak study dapat result lebih bagus ok? saya try lebih dari 10 audition reality show but i didnt make it even once. I can baked, tapi bila saya apply ke sekolah bakery i didnt get accepted? saya rasa macam diri saya ni unfortunate betul. Everything seems going unwell, Then say cuba cari dimanakah silap saya then i got this answer.

Sebaik-baik pengaturan, adalah pengaturan dari Allh swt. Sebenarnya miskin dan kaya saling melengkapi. Kalau tiada buruh kasar yang membina rumah mewah, bagaimana si kaya boleh tinggal di dalam rumah bukan? Kalau tiada jutawan kaya raya, siapa yang ingin bersedekah kepada ratusan ribu fakir miskin dan anak yatim yang memerlukan. Banyak hal yang buat saya sedar bahawa dunia ini tidak adil kerana Manusia yang membuatkan ia jadi tidak adil. Peraturan yang dicipta oleh manusia yang membuatkan dunia ini tidak adil. Mereka lupa dengan Alquran sebagai landasan utama. Sebab itulah saya katakan, tiada yang adil dalam dunia ini, sebenar-benar keadilan adalah diakhirat. 

Namun begitu, kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada, dan mengusahakan rezeki kita benar-benar dijalan Allah swt, kita akan merasa dunia ini adil. Sebenarnya, nafas yang kita diberi dan nyawa yang masih lagi berjalan setiap hari kita bangun pagi adalah nikmat paling indah dalam hidup ini. So! stop thinking this world wasnt unfair since kita sebenarnya hidup untuk akhirat. Kena betulkan niat kita hidup didunia ini ya teman-teman. Sebagaimana saya masih mencari cahaya kehidupan, saya harap kita semua tidak terus terleka dengan dunia, ingatkan saya juga bila saya tersungkur. Bersyukurlah kerana Allah swt masih berikan kita peluang untuk bertaubat. 

Wassalam :) 

Friday, 23 September 2016

Breakup? Macam mana nak move on?


Assalamualaikum semua, lama tidak update blog kan. Sibuk melulu dengan percutian bersama keluarga, harini first day masuk kerja lepas habis kontrak minggu lalu. Alhamdulillah kontrak diperbaharui, so ada dau bulan lagilah saya akan berkhidmat ditempat kerja saya ni. :) 

Saya actually mau bercerita pasal pengalaman bercuti di Krabi baru-baru ni tapi memandangkan video dan gambar belum siap edit, so saya tertarik untuk buat entry pasal ni. I wonder, siapa yang tidak pernah merasakan break-up? Mostly mungkin pernah cuma mungkin level dia berbeza, samada tahap rendah, sederhana ataupun parah. Hahaha, macam tahap ketumbuhan kanser pula kan? 


Macam yang saya cerita sebelum ni, saya breakup dengan pasangan saya yang mana kami telah bersama-sama hampir 10 tahun, so kalau ikut tahap-tahap breakup tu saya berada di tahap yang parah. Saya kongsi cerita dengan mereka-mereka yang rasa tidak boleh move on agar kita sama-sama cuba untuk membina matlamat hidup yang baru. 

Perpisahan level parah ni biasanya datang dari sebab yang sangat sukar dielakkan contohnya pasangan sudah berkahwin, halangan keluarga, dan pasangan di paksa kahwin dengan orang lain juga macam-macam lagilah sebab yang pasti kalau pasangan curang disaat hubungan kamu berada diperingkat klimaks itu nama dia pasangan kau tu memang playboy. hahahaha. 

After breaking up with him, saya macam mayat hidup, dengan kehidupan yang tidak tentu arah, tiada kerja dan tiada semangat untuk mencari kerja, no one texting me, im crying every night, instead of seeking Allah's forgiveness saya macam orang gila. Saya betul-betul hilang arah, betullah orang kata cinta itu membutakan, memang jadi buta lah juga saya sampai saya mengurungkan diri, jumpa orang tidak mahu, im breaking up on December 2016, baru jugaklah while the Hero pula graduating dari tempat khursus dia Bulan 3/4 kalau saya tidak silap. Saya hilang berat dalam 4-5 kg sebab jarang sangat makan, tapi badan tidak ketara sangat sebab saya memang kurus sedia. Ada satu malam saya berjalan satu orang, yang arah tujuan saya pegi pun saya tidak tahu, the conclusion is im LOST. Saya lupa Allah, saya lupa keluarga, saya lupa yang saya masih lagi hidup didunia dan Allah masih bagi saya peluang untuk perbaiki diri saya. Saya lupa itu semua. 

Im asking myself WHY? Selama kami bersama, saya sudah menetapkan dalam fikiran saya No Matter What, saya akan berkahwin dengan dia. Saya menjadikan perkhawinan dengan Mr Hero itu adalah satu matlamat utama dalam hidup saya, dan itulah kesalahan terbesar dalam hidup saya. Sebab tidak mau berjauhan dengan dia saya tolak banyak tawaran kerja, sebab mau dekat dengan dia saya berhenti form6 which is kawan-kawan sebaya saya sudah jauh lebih berjaya dari saya, that was my biggest mistake in life. Saya tidak menyalahkan Mr Hero, saya menyalahkan diri sendiri sebab tidak mendengar nasihat sahabat dan keluarga sekeliling. Well macam yang selalu orang cakap penyesalan akan datang dikemudian hari, walaupun memang agak terlambat penyesalan itu datang namun alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang untuk mengubah kehidupan saya. Saya juga baru menyedari betapa kasih sayang Allah swt itu sangatlah luas dan tiada henti dan ia menjawab pelabagai pertanyaan di dalam minda saya selama ini.

So, for those yang experience breakup tidak kira dari tahap mana sekalipun, harap dapat membantu, terutama early stage of depression after breaking up. 


1. Jangan Hubungi Bekas Kekasih Anda.
Benda ni paling susah mau buat, samada Ex kau yang akan cari kau, ataupun kau yang akan cari Ex kau. Biasanya orang yang ditinggalkan yang akan mencari yang meninggalkan. Hati kita kena kuat, bila orang sudah tidak mahu kita kena sedar diri. Apa yang harus anda buat adalah delete semua yang boleh membuatkan anda berhubung dengan Ex anda. Saya block Mr Hero di whatsapp, wechat, facebook, saya delete number dia ditelefon walaupun saya masih ingat number dia, saya block dia di insta dan saya ganti number phone saya. well memang agk payah tapi dalam 2-3 bulan okey lah tu, kamu akan terbiasa. 

2. Suarakan Emosi Anda
Kalau anda sedih nangis saja, mau teriak teriak ja kuat-kuat, jangan simpan dalam hati. Benda tidak baik kalau disimpan lama-lama dalam hati takut dia akan rosak dan buat hati kita jadi hitam. So let it out, garenti kamu akan rasa lega. Jangan biarkan ego menguasai diri anda.

3.Ceriakan hidup anda dengan keluarga dan rakan-rakan.
Dont hide yourself , cuba join aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Macam saya, banyak seminar saya join, seminar keluarga bahagialah, belajar Al-Quran, dan boleh juga travelling ka hiking kah habiskan masa dengan perkara yang berfaedah. 

4. Banyakkan berdoa
akhir sekali banyakkan berdoa, selain dari usaha kita , kita kena juga berdoa ddengan doa yang sungguh-sungguh kepada tuhan kita. Sesungguhnya Allah swt akan memakbulkan doa hambanya yang sungguh-sungguh. Tetapkan janji dalam hati kita, insyallah kita akan berjaya.

saya harap dengan tips yang saya bagi ni, boleh bantu kamu ya? memang susah diawalnya tapi bila sudah terbiasa anda akan rasa lebih gembira dan selesa menikmati kehidupan. Goodluck everybody! stay tuned untuk entry seterusnya :) 

Wasalam