Monday, 26 September 2016

Tiada Yang Adil Dalam Dunia Ini


Assalamualaikum semua, petang-petang ni before balik kerja saya share sikit pasal tajuk ni. Saya tertarik untuk cerita tentang ini kerana saya pernah berada disituasi ini. Does anyone agree with me? bila bercakap pasal ketidakadilan kita harus pandang rasa tidak puas hati kita itu dimana? Samada kita rasa takdir itu tidak adil? Kita menyalahkan ketentuan ilahi atau orang sekeliling yang buat kita rasa tidak adil? Ok, jom kita berbicara dari hati ke hati. :)


Why this world isnt fair? Sesetengah orang dilahirkan bijak, dilahirkan kaya tapi saya? sometimes akan ada pertanyaan di minda sebegitu rupa. Sebenarnya semua kumpulan manusia adalah saling melengkapi. Yang kaya membantu yang miskin, yang miskin membantu yang kaya. If i look into myself, for me we shouldnt blame fate or god on what happen to us? why? because we are the one who creates this world unfair. Saya akan explain kenapa saya berkata sebegitu rupa.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dengan kekuatan MB otak yang sederhana hahahaha, serta jarang bertuah dalam apa jua yang saya lakukan. Berkawan dengan mereka yang bijak pandai dan selalu bertuah buat saya rasa kerdil dan marah pada takdir. but when i think again, saya sebenarnya sendiri yang menjadikan dunia ini tidak adil. Ada sesetengah orang yang tidak belajar sungguh-sungguh tapi bila try SPA8 they got selected kali pertama mencuba, ada pula yang 10 kali cuba tapi masih tidak dapat panggilan. Ada yang otak tidak berapa cerdik tapi keluarga kaya so dia tidak payah kerja pun masih ada duit, ada pula yang cerdik otakknya tapi tidak mampu menyambung pelajaran kerana miskin dan end up dengan kemiskinan lagi.

Begitu juga dengan diri saya, i found myself not good at anything while i can do a lot of thing. Saya aktif menyanyi sejak kecil lagi, tapi dalam ratusan pertandingan yang saya join, ada dalam beberapa pertandingan saja dapat johan. Bila saya belajar macam nak mampos di universiti result saya ala kadar saja, orang lain yang tidak study dapat result lebih bagus ok? saya try lebih dari 10 audition reality show but i didnt make it even once. I can baked, tapi bila saya apply ke sekolah bakery i didnt get accepted? saya rasa macam diri saya ni unfortunate betul. Everything seems going unwell, Then say cuba cari dimanakah silap saya then i got this answer.

Sebaik-baik pengaturan, adalah pengaturan dari Allh swt. Sebenarnya miskin dan kaya saling melengkapi. Kalau tiada buruh kasar yang membina rumah mewah, bagaimana si kaya boleh tinggal di dalam rumah bukan? Kalau tiada jutawan kaya raya, siapa yang ingin bersedekah kepada ratusan ribu fakir miskin dan anak yatim yang memerlukan. Banyak hal yang buat saya sedar bahawa dunia ini tidak adil kerana Manusia yang membuatkan ia jadi tidak adil. Peraturan yang dicipta oleh manusia yang membuatkan dunia ini tidak adil. Mereka lupa dengan Alquran sebagai landasan utama. Sebab itulah saya katakan, tiada yang adil dalam dunia ini, sebenar-benar keadilan adalah diakhirat. 

Namun begitu, kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada, dan mengusahakan rezeki kita benar-benar dijalan Allah swt, kita akan merasa dunia ini adil. Sebenarnya, nafas yang kita diberi dan nyawa yang masih lagi berjalan setiap hari kita bangun pagi adalah nikmat paling indah dalam hidup ini. So! stop thinking this world wasnt unfair since kita sebenarnya hidup untuk akhirat. Kena betulkan niat kita hidup didunia ini ya teman-teman. Sebagaimana saya masih mencari cahaya kehidupan, saya harap kita semua tidak terus terleka dengan dunia, ingatkan saya juga bila saya tersungkur. Bersyukurlah kerana Allah swt masih berikan kita peluang untuk bertaubat. 

Wassalam :) 

No comments:

Post a Comment