Monday 20 March 2017

DISIPLIN DIRI ! Kenapa kena ikut peraturan ?


Assalamualaikum semua :) , lama saya tidak buat entry kan. Rindu mau berkongsi dengan you all semua. Today saya mau berkongsi pasal disiplin, nampak macam serius betul topik dia kan? but actually I want to share pengalaman saya. Its already 5 week saya disini dan saya sangat-sangat menyesal dengan masa lalu saya yang ada kaitannya dengan disiplin ni. 

Bila orang kata, tidak malukah membuka pekung sendiri? menyelak kisah silam yang lalu? - (Reyna Ibrahim ) Namun, bagi saya sebuah perkongsian yang boleh mengingatkan dan mungkin membantu orang lain adalah yang sebaik-baiknya perkongsian. Entry ini saya tulis untuk sesiapa sahaja yang sedang mengalami keadaan ini ataupun yang telah mengalaminya sebelum ini. 


Manusia dikurniakan nafsu dan akal fikiran, dan akal itulah yang digunakan untuk berfikir namun manusia ini juga makhluk yang sangat suka melanggar peraturan. Setiap peraturan yang ditentukan itu ada baik buruknya tapi kita harus fikir akibatnya melanggar peraturan. Biasalah penyesalan akan datang setelah kita merasa kesusahan kerana melanggar peraturan. Ya, dan perkara itu benar terjadi pada diri saya and im sure everybody experienced it because nobody is perfect kan? 

Zaman persekolahan saya adalah zaman dimana jiwa memeberontak, semua peraturan hendak dilanggar. Well you know macam hati ni ulang-ulang suruh "Bolos Saja Dinding Itu" hahahaha. Saya ingat lagi pesan arwah cikgu pendidikan jasmani saya "tidak perlu bercinta sekarang, nanti di universiti kamu akan jumpa lebih ramai" dan sememangnya perkara itu benar. Orang yang lebih dulu makan garam bila dia bagi nasihat kita kena dengar guys, jangan lawan dan jangan buat tidak tau. Melihat adik-adik saya di sekolah rendah dan sekolah menengah sekarang saya sebenarnya ingin sangat mereka tahu bahawa percintaan zaman persekolahan adalah yang paling membuang masa. Syukur saya bukan dilahirkan dizaman ini, kemungkinan diri semakin susah untuk mengawal hati jika saya berada dizaman remaja sekarang. 

Bila peraturan di sekolah suruh jangan ponteng kelas, saya ponteng jugak. Bila dia kata datang sekolah tepat masa saya lambat datang, dan bila ustazah suruh jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan saya gatal jugak mahu trip gangster bergaul bebas dengan lelaki dan perempuan. Guys, jika you all jaga batas pergaulan dari awal hati juga akan terhindar dari perkara-perkara tidak baik. Disiplinkan diri untuk mengikut apa yang diajarkan dalam agama kita, apa yang dituntut dalam agama. Saya bersyukur kerana masih diberikan nafas untuk mengubah diri setiap hari. Namun, iman manusia ni kena top up, ada pasang surutnya, jika kita melakukan kesalahan lagi cepat-cepat muhasabah diri. 

Kenapa saya menyesal dengan masa lalu? saya sangat menyesal kerana ramai yang mengingatkan saya cuma saya sangat dengil dan tidak mendengar kata. Saya mensia-siakan masa selama 10 tahun berada dalam hubungan percintaan yang tidak bermakna. Syukur masih dipanjangkan umur dan diberi jalan untuk melihat apa yang seharusnya saya lakukan dalam hidup. Ya, kita perlukan cinta namun kita harus melihat kesesuaian masa. Bila ayah saya suruh study Form 6, saya degil sebab rasa form 6 tu kurang Cool, hahahahaha then i end up taking diploma's which is i had never think i should take. 

Namun, zaman universiti saya ternyata menemukan saya dengan dunia luar dan kawan-kawan baru yang banyak membantu saya memperbaiki hidup, tapi kalau dengar kata ayah saya tu tidak lah saya terpaksa belajar sampai tua-tua bengini hahahha. well thats my past, saya bersyukur sebab saya masih diberi rezeki untuk menyambung pelajaran. So guys diluar sana pesanan kedua dengarlah cakap ibu bapa. Orang cakap Doa ibu bapa tu sangat makbul. Kadang-kadang ada keluarga yang menyuruh kita untuk berhenti belajar kerana masalah kewangan, jika benar tidak mampu kita behentilah untuk bantu keluarga pasti ada hikmahnya believe me! sebab masuk Universiti ni kita kena tetapkan dihati bukan untuk mahu cari kerja tapi untuk kita cari ilmu. Ok guys!

Saya mula risau dengan anak-anak buah, sepupu sepapat saya dan ramai lagi yang saya lihat pergaulannya, gayanya, hampir sama seperti saya dizaman dahulu kala. hahahahah kita tidak boleh nilai orang hanya dari pandangan mata atau post-post mereka di media sosial namun, adik-adik kita haruslah sedar zaman persekolahan adalah zaman dimana kita harus bergembira dengan pelbagai aktiviti di sekolah, fokus pada pembelajaran di sekolah dan ingat untuk banggakan family you all. Sis bercakap berdasarkan pengalaman. Dont Break The Rules! kamu akan mengalami situasi kematangan itu bila tiba masanya, trust me! 

We share because we love each other, Dont waste your time on something that doesnt worth anything, and lastly Dont Break The Rules! 

Jangan lupa setiap kali anda rasa hati sudah mula rapuh, banyakkan istighfar dan ingat pada Allah SWT, sama-sama kita berubah ke jalan yang lebih baik, tapi jangan terlalu extreme juga sesuaikan diri dengan environment ok? 

sekian saja buat kali ini. Wassalam :)