Thursday 3 November 2016

Samyang Ramen? How does it taste?


Assalamualaikum everybody, jumpa lagi kita hari jumaat ini. Saya busy betul kebelakangan ni dengan pesta kubis yang bakal berlangsung 9, 10, 11 disember ni. Ramai-ramai lah kamu datang kundasang aa. Today's entry is about, Samyang Ramyun eh, betul kah ejaan saya tu? fenomena samyang ramyun ni saya agak ketinggalan jugaklan. at first, saya tidak interested mau try sebab dari review orang katanya peda, so kalau perut sensitif macam saya ni ofkos lah susah mau makan. but then, saya terlampau minat si bogum, saya mau try jugalah makanan dari negara dia hahaha. so lets get started, how does it taste? 



Okey, inilah hasil Samyang Ramyun saya, macam sedap kan? hahahaha, Memang lah sedap sebab saya yang masak. Saya masak samyang ramyun ni bersama black paper beef, and telur mata, tapi saya suggest kamu campur rolled egg lagi sedap. Rasa dia memang pedas! sangat pedas! buat yang tidak tahan pedas, perut sensitif please jangan letak habis perencah dia aaa, nanti ulang alik kamu pi tandas. 

Kenapa dia mahal dari mee segera biasa? Mungkin sebab packaging dia besar, kalau saya buli makan dua kali 1 bungkus, mee dia memang mengenyangkan, rasa dia?? rasa dia saya consider sebagai tidak lah sesedap yang digambarkan. Dan kalau makan tu ramyun dalam dia punya plastik lagi sedap, macam diorang si dong gu & deffcon buat dalam variety show 2 days one night. 

But then, kalau kamu sudah beli dengan harga yang agak mahal saya rasa, kamu mesti masak sedap-sedap kalau makan kosong begitu jak sayang lah. Secara personal, saya rasa makan maggie sama maggie sedap laaaaaaaagi sedap, saya rasa orang korea patut try la maggie ka maggie sedapka, perisa tomyam ka, asam laksa campur telur ka atookoiiii a way better dari samyang ramyun dan lebih murah. Mungkin kalau orang korea try pun menangis juga diorang makan maggie oh. hahahahahha.

Tapi, masing-masing ada pandangan dan cita rasa sendiri kan? that my review, kamurang pula macam mana? apa-apa pun kita kena kurangkan makan mee segera begini tidak kira apa pun jenama lah bah kan? sebab tidak sihat untuk tubuh badan kita. Emm,itu sajalah cerita-cerita saya kali ini. Nanti munggu depan kita berstory morry lagi k? 

Salam jumaat, Wasalam, Goodbye everybody!!










Wednesday 12 October 2016

From Krabi With LOVE



Assalamualaikum semua, lama sudah mau buat ni entry tapi tidak saja berkesempatan sebab macam-macam difikiran saya. Entry ni pasal pengalaman saya bercuti bersama kajen-kajen tersayang di krabi baru-baru ni. Sebenarnya kami plan lama suda, so beli tiket pun beberapa bulan lebih awal.  Bah, mari saya cerita kamurang pengalaman selama 5 hari 4 malam bercuti di krabi, Thailand, 
Sawadikap :)


Kami booked tiket MalindoAir dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, waktu tu malindoair masih guna KLIA2, tiba-tiba bulan Mac Malindoair tukar pegi KLIA1 so dari KLIA1 kami transit pergi KLIA2 sebab tiket flight ke Krabi kami guna Air Asia . Dan Itulah pengalaman pertama saya naik KLIA express. Mau feeling-feeling train to busan lah kunun. hahahaha, siap terbayang zombie-zombie lagi diluar pintu. 

Gambar belum ready sudah kena snap hahahaha.

Flight kami dari KL ke Krabi mengambil masa 1 Jam 45 Minit, dan masa di thailand lewat sejam dari masa kita. Cuaca di Krabi waktu kami sampai agak hujan, kami stay di Baywatch Beach Aonang, saya sugget kalau kamu di Krabi ni, kena stay tempat macam ni, selain murah, senang shopping. Really suggext you guys here, cari makan pun senang. Bercakap pasal makan, memang banyak street food kami orang try, dan yang paling the best Meehoon dengan sos thai, dan Pancake yang berbagai perisa terutama Banana Pancake With Nutela, sangat sedap, harga dia dalam RM5.00 to RM6.00. Green Tea dia pun nyamannn sangat sedap. eii kalau pasal makan saya lah bah paling suka bercakap. One more! Coconut Ice cream dia, very delicious, you should try kalau kamu pi sini. :)




Apa kata dalam blog ni kita cakap pasal food dulu, kalau mau cerita semua mengantuk lah kamu mau baca. Untuk cari halal food disini, memang tidak susah, kamurang boleh jumpa dimana-mana halal food. Berbanding di Krabi Town. Lagipun, disini ramai muslim. Ada satu tempat streetfood berdepan dengan Krabi Resort, kalau dari Baywatch Naik Tuk-Tuk (Teksi di Thai) dalam RM3.00 lah bayaran. ramai orang datang sana, sebab makan dia murah-murah belaka. Tomyam dia pergh! perfect orang bilang. 


Inilah ice cream kelapa yang saya maksud kan, Kelapa dia fresh baru kena petik hahaha tidak bah, kelapa dia memang fresh, ditambah dengan coklat dan kacang tabur sangat sedap. Ice cream Homade dibuat oleh tukang jual, erm harga dia lebih kurang RM5.00 kalau saya xsilap. 


Bagi makanan macam nasi goreng thai, nasi goreng seafood semua harganya dari RM8.00 sehingga RM10.00 tapi kuantiti makanan dia memang banyak. So,puas hati. kenyang dan gembira gitu. 


Ketagih dengan street food, hampir setiap hari makan streetfood :), sampai sabah terus try buat pancake nutela, feeling-feeling sawadikap begitu. Harap-harap dapat peluang jejak kaki di negara muaythai tu lagi lah. Insyaallah. Pasal aktiviti kitaorang saya cer next entry yah :) 


Lapar pula post-post pasal makanan ni, bah kamurang saya cari makan dulu yah, everybody jangan lupa breakfast. See you on the next entry. 

Asaalamualaikum. :)


Friday 7 October 2016

ILMU adalah cahaya kepada kehidupan


Assalamualaikum semua, Salam jumaat. Petang jumaat ni saya tiba-tiba terpanggil untuk buat entry pasal kehadiran pelajar sekolah. Tujuan utama saya bercerita pasal benda ni sebab saya sangat-sangat marah lepas baca satu karangan kah apa tu yang disebar-sebarkan melalui whatsapp. Pasal kehadiran pelajar sekolah SMK Kundasang yang semakin teruk. Hmm... how i missed my school day.


Sebenarnya, saya pun student SMK Kundasang juga, saya bersekolah disana selama 6 tahun, dari tingkatan 1 sehinggalah 6 rendah. Namun, waktu tu lokasi sekolah adalah bertempat di Mukim Kundasang yang mana dekat dengan tempat tinggal saya dan hanya 15-20 minit berjalan untuk ke sekolah. Apa yang saya dengar, disebabkan struktur tanah sekolah yang berbahaya dan tidak selamat untuk didiami Sekolah saya yang tercinta itu akhirnya dipindahkan ke SMU lama, yang mana mengambil masa 30 Minit menggunakan kenderaan. Maksud dia agak jauhlah dari mukim Kundasang. 

Bila saya scrol-scrol whatsapp sebentar tadi, artikel dibawah ni buat saya sangat-sangat geram dan terpanggil untuk berbicara serta mengutarakan pendapat saya. I dont know who makes this statement tapi yang penting saya rasa ia sangat-sangat tidak sesuai. 

dalam kenyataan tersebut, Dia mengatakan bahawa "HARAP PIHAK SEKOLAH JANGAN SALAHKAN PELAJAR DAN IBU BAPA, PERKARA INI TIDAK AKAN TIMBULSEKIRANYA SEKOLAH INIDIPINDAHKAN SEMULA KE TEMPAT ASAL. JARAK SEKOLAH SEKARANG JUGA ADALAH BEBAN IBU BAPA YANG TERPAKSA DITANGGUNG" 

I cannot accept that statement? Adakah bangunan harus disalahkan bila pelajar tidak datang ke sekolah. perumpamaan dia macam Kita ni sakit jadi kita perlu ke hospital, jadi bila kita mati sebab tidak pergi hospital, hospital yang salah. Macam tu? saya tidak melihat akan logik dia disini ya. 

Ya saya tahu, semua penduduk sayang akan sekolah itu, sama seperti saya, tetapi bukan tugas kita untuk menentukan dimana sekolah itu diletakkan. Tugas pelajar adalah datang ke sekolah untuk belajar. Orang bilang, kalau betul-betul mahu menuntut ilmu tiada halangan bah. Tugas ibu bapa pula adalah hantar anak-anak pergi belajar. Saya faham jarak sekolah yang jauh, so ibu bapa perlu belanja "chater/bas sekolah" jadi belanja rumah akan jadi lebih tinggi tetapi alternatif lain ada. Asrama disediakan untuk pelajar, kalau tidak mampu menyewa kenderaan ke sekolah, suruh anak-anak tinggal asrama. Masalah selesai.

Pelajar harus sedar betapa pentingnya ilmu untuk kehidupan, bukan untuk dapat kerja tetapi untuk kita gunakan dalam kehidupan kita setiap hari. Kalau rasa betul-betul malas ke sekolah you should just quit and find job. Its simple. Kasihan ibu bapa yang berusaha bertungkus lumus setiap hari cari duit untuk sekolahkan kamu. Saya sedih betul melihat perkara ini. 

So, ibu bapa serta masyarakat sekeliling harus berkerjasama memberikan kesedaran untuk anak-anak muda kita ini betapa pentingnya ilmu, daripada menyalahkan bangunan yang mungkin bertahun-tahun lagi dipindahkan semula ke tempat asal sebaiknya kita berusaha untuk menasihatkan anak-anak muda ini bahawa mereka harus datang ke sekolah tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah. 

Saya berharap agar entry saya kali ini membantu kita semua untuk berfikir, kita harus tahu dimana kedudukan kita, harus teliti apa tujuan kita hidup didunia dan apabila kita melakukan kesilapan jangan salahkan orang lain, saya share pendapat saya, no offence,masing-masing ada pendapat. Thats all for today :) stay healthy and happy everybody

Wasalam :) 








Wednesday 5 October 2016

Pyramid Hill a.k.a Bukit Sosodikon Hill Kundasang


Assalamualaikum semua, alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas untuk hari yang indah ini. Lama tidak buat entry kan, cerita pasal Krabi pun belum sempat saya share. okey, itu kita skip.. apa kata kita berstory pasal aktiviti yang semakin menjadi fenomena sekarang. "Hiking" hehe semua orang mencari bukit bukau untuk dipanjat. 

pada cuti minggu lalu, saya dengan kazen and kawan kepada kazen tiba-tiba ja rancangan kilat naik bukit yang dipanggil Bukit Pyramid ataupun Sosodikon Hill. Bentuk bukit-bukit yang unik seperti pyramid menjadikan ia Bukit yang wajib ditawan oleh Pemburu bukit. 



Berlatarkan Gunung Kinabalu, what a very nice view. thats all i can say. Indah betul ciptaan yang maha esa. I keep on praising lepas sampai dipuncak. Saya baru naik sekali, tapi sedikit tips supaya kamu dapat ke puncak dengan selamat berserta pemandangan yang indah pun kamu dapat capture. Cuba write down dan try Tips ini. 

1. Bangun awal, jalan jam 6.00 am atau Jam 6.30 supaya kamurang boleh tengok Sunrise. Haritu we missed the sunrise sebab pukul 7.30 suda naik bukit.

2.Jangan pakai kasut yang licin atau hilang bunga :) , bukit dia agak curam dan sangat kurang rumput-rumput untuk berpaut. so be carefull.

3. Ikut jalan yang selamat, ada beberapa jalan untuk mendaki bukit ni, jalan yang terbaik untuk kamurang ikut adalah trek yang ada perigi, ataupun lembah. saya pun tidak tau mau explain macam mana, tapi lebih elok tanya orang kampung sekeliling ok? trek yang kami naik sangat-sangat curam dan berbahaya, So,I dont want you to made the same mistake ;)



Inilah jalan yang kami lalu, permulaan trek bersebelahan rumah yang terbiar dan separuh siap. Jangan ikut trek ni ok?

4. Kalau mau turun, ikut trek yang berperigi tu, agak jauh tapi selamat :)



Perjalanan ke atas mengambil masa kira-kira 15-20 minit, sekejap ja bah. Err, Lokasi dia di Kampung Kauluan, Kundasang. Kalau kamu naik ke Mesilou, akan ada satu simpang Ke kampung Kauluan sebelum jalan naik ke Desa Cattle. Senang cerita kamu Waze saja. Tapi jangan pula kamu pi masuk kampung kauluan tamparuli k? hehe.. 

Goodluck yang mau naik ya! Selamat mendaki . Assalamualaikum :)