Friday 7 October 2016

ILMU adalah cahaya kepada kehidupan


Assalamualaikum semua, Salam jumaat. Petang jumaat ni saya tiba-tiba terpanggil untuk buat entry pasal kehadiran pelajar sekolah. Tujuan utama saya bercerita pasal benda ni sebab saya sangat-sangat marah lepas baca satu karangan kah apa tu yang disebar-sebarkan melalui whatsapp. Pasal kehadiran pelajar sekolah SMK Kundasang yang semakin teruk. Hmm... how i missed my school day.


Sebenarnya, saya pun student SMK Kundasang juga, saya bersekolah disana selama 6 tahun, dari tingkatan 1 sehinggalah 6 rendah. Namun, waktu tu lokasi sekolah adalah bertempat di Mukim Kundasang yang mana dekat dengan tempat tinggal saya dan hanya 15-20 minit berjalan untuk ke sekolah. Apa yang saya dengar, disebabkan struktur tanah sekolah yang berbahaya dan tidak selamat untuk didiami Sekolah saya yang tercinta itu akhirnya dipindahkan ke SMU lama, yang mana mengambil masa 30 Minit menggunakan kenderaan. Maksud dia agak jauhlah dari mukim Kundasang. 

Bila saya scrol-scrol whatsapp sebentar tadi, artikel dibawah ni buat saya sangat-sangat geram dan terpanggil untuk berbicara serta mengutarakan pendapat saya. I dont know who makes this statement tapi yang penting saya rasa ia sangat-sangat tidak sesuai. 

dalam kenyataan tersebut, Dia mengatakan bahawa "HARAP PIHAK SEKOLAH JANGAN SALAHKAN PELAJAR DAN IBU BAPA, PERKARA INI TIDAK AKAN TIMBULSEKIRANYA SEKOLAH INIDIPINDAHKAN SEMULA KE TEMPAT ASAL. JARAK SEKOLAH SEKARANG JUGA ADALAH BEBAN IBU BAPA YANG TERPAKSA DITANGGUNG" 

I cannot accept that statement? Adakah bangunan harus disalahkan bila pelajar tidak datang ke sekolah. perumpamaan dia macam Kita ni sakit jadi kita perlu ke hospital, jadi bila kita mati sebab tidak pergi hospital, hospital yang salah. Macam tu? saya tidak melihat akan logik dia disini ya. 

Ya saya tahu, semua penduduk sayang akan sekolah itu, sama seperti saya, tetapi bukan tugas kita untuk menentukan dimana sekolah itu diletakkan. Tugas pelajar adalah datang ke sekolah untuk belajar. Orang bilang, kalau betul-betul mahu menuntut ilmu tiada halangan bah. Tugas ibu bapa pula adalah hantar anak-anak pergi belajar. Saya faham jarak sekolah yang jauh, so ibu bapa perlu belanja "chater/bas sekolah" jadi belanja rumah akan jadi lebih tinggi tetapi alternatif lain ada. Asrama disediakan untuk pelajar, kalau tidak mampu menyewa kenderaan ke sekolah, suruh anak-anak tinggal asrama. Masalah selesai.

Pelajar harus sedar betapa pentingnya ilmu untuk kehidupan, bukan untuk dapat kerja tetapi untuk kita gunakan dalam kehidupan kita setiap hari. Kalau rasa betul-betul malas ke sekolah you should just quit and find job. Its simple. Kasihan ibu bapa yang berusaha bertungkus lumus setiap hari cari duit untuk sekolahkan kamu. Saya sedih betul melihat perkara ini. 

So, ibu bapa serta masyarakat sekeliling harus berkerjasama memberikan kesedaran untuk anak-anak muda kita ini betapa pentingnya ilmu, daripada menyalahkan bangunan yang mungkin bertahun-tahun lagi dipindahkan semula ke tempat asal sebaiknya kita berusaha untuk menasihatkan anak-anak muda ini bahawa mereka harus datang ke sekolah tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah. 

Saya berharap agar entry saya kali ini membantu kita semua untuk berfikir, kita harus tahu dimana kedudukan kita, harus teliti apa tujuan kita hidup didunia dan apabila kita melakukan kesilapan jangan salahkan orang lain, saya share pendapat saya, no offence,masing-masing ada pendapat. Thats all for today :) stay healthy and happy everybody

Wasalam :) 








No comments:

Post a Comment