Thursday, 18 August 2016

Kalah Dah Jodoh Takkan Lari Kemana


Assalamualaikum , Salam Jumaat semua. Semoga dengan hari yang mulia seperti ini kita diberikan keberkatan, banyak-banyak kan lah ibadah, ada seringgit dua pergi derma di tabung masjid ok? Dimulakan dengan bismillahirahmanirahim, syukur alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan mau buat ni entry. Erm, ada kawan saya baca blog saya kan dia cakap macam mau muntah pasal cinta-cinta saja dia bilang. Alaa~~ perempuan kan suka yang sweet-sweet. Okey harini kita bercerita pasl cinta lagi. Seperti yang say telah janjikan saya akan story morry lah sikit macam mana hubungan hampir 10 tahun lamanya boleh putus ketika percintaan hampir ke garisan penamat. hahahahha! mentang-mentang olimpik kan saya menulis pun macam pengulas sukan suda haha. Where Should I Start?


Macam gambar diatas , kami suda berkenalan lebih daripada 10 tahun lamanya,. So kita singkatkan cerita macam kita buat Q & A session, lagi senang kot baca. Lagipun saya bukan artis ka apa, so mau buat article panjang-panjang bikin apa kan? 

1. Macam mana kamu berjumpa?

~~Err macam mana kami jumpa aah..kami berjumpa di bustop sekolah, waktu tu hujan, saya tunggu hujan berhenti dia tiba-tiba datang dia pun tunggu hujan berhenti. Romantik kan kami? hahahah macam dalam tayangan :D , Dia bawa bersama cermin yang saya tidak tau pun dia dapat dari mana, lepastu dia renung tu cermin lama-laaaaaammmmmaaaaaa sambil cakap "Hensome oh saya!" , omaigad, ketawa sendiri saya teringat .

2. Macam mana kamu boleh bercinta?

~~Rasanya sebab sebenar kami bercinta adalah, dia kena cabar kawan dia maksudnya, dia tidak suka pun saya , main-main ja lah. Saya pula becinta sama dia sebab saya suka dia, saya pun lupa suda macam mana kami bercinta oo. 

3. Macam mana hubungan kamu boleh kekal begitu lama? tiada putus sambung kah?

Erm, actually kami memang pernah bergaduh . Pernah putus, pernah sambung balik, masing-masing pernah curang, saya tahu dia curang dia tahu saya curang, paling lama kami berpisah setahun beberapa hari rasanya, lepas tu sama-sama lagi balik. Macam mana boleh kekal lama? sebab kami saling bantu-membantu sesama sendiri. Bayangkanlah dari sekolah menengah sama-sama, waktu tu ibu bapa masih bagi duit, duit belanja sekolah kami share. Then, dia masuk PLKN, duit elaun PLKN kami share, erm saya dapat elaun menyanyi oversea , elaun saya kami share, kami masing-masing kerja lepas  saya tamat SPM, duit gaji kami share, waktu tu kami tidak ingat pun mau sambung study, yang kami tahu, mau kawin ja. Darah muda, memang begitu kali. Dia dulu masuk IPT, baru saya join dia masuk IPTS saya masuk IPTA so for sure kami punya institusi berlainan lah, I remembered bought him a pair of shoes, sampai sekarang dia masih simpan, 8 atau 7 tahun lalu if im not mistaken. Kami jarang berahsia sesama sendiri, mungkin sebab tu lah hubungan kekal lama selain daripada kami dua dua tidak suka Manchester Unite. hahahaha!

4. Kenapa kamu tidak kahwin ja? tidak sayang ka tu hubungan 10 tahun?

Bila kami tamat musim persekolahan sebelum melangkah pergi IPT, kami pernah berniat untuk menamatkan percintaan dijinjang pelamin. Chewah~ tapi masa tu sememangnya belum tepat, syukur alhamdulillah juga sebab saya tidak kawin jak waktu tu. Actually kami sama bangsa, sama mukim, sama daerah, sama negeri, sama negara cuma kami dua berlainan agama. Itulah sebanya saya dengan dia tidak dapat bersama-sama, Memang banyak cerita bila ada yang convert agama, tapi untuk dia melakukan itu dia perlu mengorbakan banyak hati termasuk family. Tahun lalu adalah tahun dimana kami hampir-hampir mengakhiri zaman percintaan kami, dengan pujukan dari saya, dan perbincangan yang panjang lebar dia bersetuju untuk mengikut jalan yang saya pilih. Tetapi mungkin jodoh tu memang tiadalah, Bila kami fikir balik, kalau kami bersama-sama in the future akan lebih banyak masalah. Kami berpisah ketika dia masih dalam tempoh latihan Polis, im giving a very hard time to him, dan dalam masa yang sama saya juga mengalami keadaan yang sama. But then, we managed to solve this 10 years problem dengan cara break up, aduh kalau fikir balik kenapa tidak dari dulu kan? hahahaha. Tapi kami masih lagi berkawan rapat macam dulu, Eventhough, dia suda ada pengganti. 

5. What so good about him? 

He is a very good looking guy, dia suka kebersihan, dia jujur, dia baik hati dan dia sangat pemurah. Dia seorang yang tidak akan waste money dengan benda yang sebenarnya lebih kearah pembaziran contohnya Ubah suai kereta, Baju yang vouge, kasut berjenama ataupun gadget lover. Dia bagi almost all his salary to his family every month, selalu belanja tinggal belanja makan & belanja minyak. Dia agak cerewet pasal makanan dan dia sangat sayang kepada binatang. Dia juga seorang yang caring dan peramah maybe sebab tu ramai perempuan suka dia hahaha. Dia sangat menghormati agama saya iaitu agama Islam walaupun dia merupakan seorang Christian. Kalau kami shopping pergi Kota Kinabalu, saya minta excuse mau solat, dia akan bagi ruang kepada saya untuk solat, Bila kami makn di restoren, Kami akan berdoa mengikut agama masing-masing. Erm~ Sepatutnya saya take picture tu time kami berdoa supaya viral di laman sosial. hahahha 


Bak kata pepatah diatas, cinta tidak seharusnya memilik. Walaupun mula-mula sukar tapi hubungan kami berakhir dengan jayanya. Saya percaya setiap pengaturan dari Allah SWT itu pasti ada hikmahnya . Kami masih lagi berhubung, kami masih lagi berkawan walaupun jarang. Selalunya pelangi akan muncul selepas hujan, im happy with my life now . Walaupun mungkin agak lewat untuk saya mulakan kembali perjalnan cerita hidup saya tapi selagi ada waktu saya akan cuba untuk mengejar Cinta yang satu iaitu Cinta kepada Allah SWT. 

Okey, sampai sini sajalah story morry kita hari ini, saya tidak tau pula ramai yang baca. Erm ada yang email tanya apa buku yang bagus untuk motivasi diri, saya akan cerita di hari-hari seterusnya okey. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi di masa akan datang. 

Wassalam :)

Wednesday, 17 August 2016

Bestfriend VS Tunang Part2 (Tips Hubungan Kekal Lama)


Assalamualaikum , Salam rabu semuanya. Dua hari tidak buat entry sebab bercuti . Ahad lalu kami buat program dengan komuniti PI1M Mesilou itulah ada rasa penat sikit :) Cuba cari saya dalam gambar dibawah, you all exercise mata sikit k? 



Dapat nampak juga kah saya? hahah almaklumlah tinggi sama jak macam budak-budak yang ikut aktiviti tu hari . Oh ya! Kita sambung story morry kita . Bestfriend vs Tunang bahagian 2. Macam cerita upin ipin pula kan yang ada part 1 part 2. Okey, kalau minggu lalu kita bercakap pasal kes kawan saya yang tunang dia salah faham dengan saya. Harini kita cerita lagi pasal kes lebih kurang sama tapi ni part tunang cemburu bila bestfriend kongsi masalah sesama sendiri. 

Kawan saya ni nama dia Hulk , of course bukan nama sebenar k? Hulk ni sudah tunang dalam 1 tahun setengah, dan saya dan Hulk sudah berkawan selama 5 tahun setengah. Dia anggap saya ni macam adik beradik lain mama lain bapa, bila dia ada masalah dengan fiance dia dia akan cerita dengan saya. Kamu rasa kenapa? ada sebab lelaki meluahkan masalah dia dengan perempuan lain sebab pertama, bila dia luah dengan kawan lelaki, mesti kawan lelaki akan dengar dan selalunya tiada jalan penyelesaian sebab perempuan ni sukar difahami oleh lelaki, dan sebab kedua ialah dia tidak ada adik beradik perempuan yang lain untuk bercerita bab-bab begini. Saya faham keadaan si tunang bila dia sangat-sangat cemburu mengenai hal ini, sebab saya pun perempuan. Mesti si tunang akan cakap macam ni "Kenapa mesti bagitahu dia?, kenapa tidak cakap sama saya terus?" si lelaki ada sebab kenapa dia tidak bagitau, kalau perempuan ni tengah marah semua benda jadi tidak betul dalam pemikiran dia. Betul atau tidak?


Saya nasihatkan para wanita, Sebelum kita main terjah jak cakap, marah tunang kita, kita kena periksa betul-betul.. fikir dalam-dalam..sebab sia-sia perhubungan tu dipertahankan lama-lama, kita mesti sedar lelaki ni banyak pilihan, tapi kalau kamu berjodoh, jodoh juga lah bah tu kan.

Walaupun saya gagal mempertahankan hubungan 10 tahun saya, namun kami berpisah bukan sebab kami tidak saling sayang menyanyangi, chewah! tapi atas nasihat keluarga masing-masing, Guys~ restu keluarga itu sangat-sangat penting tau. Sini saya bagi tips hubungan kekal lama,

Tips Mengekalkan Hubungan :-

1. Percaya dengan pasangan :
Kepercayaan sangat penting dalam perhubungan, kadang-kadang bila si pasangan menipu pun kita kena pura-pura juga percaya sebab dia pandai sedar sendiri juga tu bila dia salah. 

2. Jangan mudah melenting , cari jalan penyelesaian yang terbaik :
Apabila kita ditimpa masalah, jangan cepat marah, jangan menuduh sembarangan, lelaki paling benci apabila dituduh, tidak kiralah kawan dia tuduh ka, bini dia tuduh kah, mama dia tuduh kah memang kebanyakan lelaki tidak suka bila dituduh. Kalau betul si lelaki melakukan kesilapan cari bukti, baru bincang bagus-bagus. Bila kita dengar sesuatu yang menyakitkan hati kita kena istighfar banyak-banyak, positifkan minda baru kita minta tau keadaan sebenar. Salah faham adalah masalah terbesar dalam perhubungan. Jangan biar sesal datang kemudian ok?

3. Jadilah bestfriend dan juga supporter kepada pasangan:
Apa salahnya kalau kita cuba jadi bestfren kepada pasangan kita, kalau dia minat Man.U kita cuba minat Man.U juga. Buat sikit homework, kadang-kadang pura-pura tau pasal bola pun bulih juga, at least dia boleh berkongsi cerita dengan kita. Contohlah, boyfriend/tunang minat anime apa salahnya kita tengok sekali sekala. Mahu bersama ni perlukan pengorbanan, saling melengkapi lah~ takkan si lelaki ja mau ikut cakap kita kan? Kita kena faham emosi dia, bila dia kurang bercakap, kurang bercerita mungkin dia ada masalah, cuba kita minta share masalah dia~ tapi kalau dia tidak mau kasitau jangan lah bah paksa-paksa kan? at least kita try. Kadang-kadang ada waktu dia akan kesempitan wang, lelaki yang macho selalu nya tidak minta tolong tapi kita kena cuba hulurkan bantuan, 1 2 kali bolehlah, tapi kalau balik-balik kita kena hati-hati jugak. 

4. Ucapkan kata-kata indah atau gurauan :
Tips ni bagi pasangan yang sudah bertunang ataupun berkahwin, kalau yang masih bercinta-cinta tu err saya tidak galakan sebab ia akan lebih kepada ikhtilat. Sekarang banyak ayat-ayat power yang apa diurang panggil tu "cia cia cia" dia bilang kan. Sekali sekala kasi gembira lah bah tu pasangan dengan ayat-ayat begitu. cotohnya "Pecah kaca pecah gelas, will you be my first and last" eseseh~ tapi kalau terlampau selalu tu bikin muntah juga kan. Kadang-kadang saja bah buat, kita kadang-kadang mesti ada sense of humor dalam perhubungan. Sebenarnya lelaki suka yang sweet-sweet juga tapi diurang malu mau kasitau. well! gudluck mencipta ayat-ayat cinta begitu aaa. Kalau kamu tidak tau nanti saya ajar. 

5. Berikan kejutan :
Maksud berikan kejutan ni, bukan macam kasi tekejut dia pakai ular mainan ka apa? bagi dia hadiah time bufday ka? yang kasi suprise lah kunun. Macam contoh ko mau suruh dia pi sembahyang jumaat kan, kasi hadiah dia tasbih sama kopia nah itupun kejutan juga tu. Sweetkan? Kalau perhubungan tu mendatar saja, pasal mau kawin saja ko cerita memanglah si lelaki stress. Give him sometimes, the right day will come. uiseh orang putih aa bahasa. :)

PUAS HATI??

Rasanya banyak suda tips saya bagi kamurang kan? hihi . puas hati juga kah? ada yang pi email saya dia bilang, kenapa 10 tahun sama-sama terus kamu berpisah? Next chapter nanti kita story morry pasal tu aa..Tapi satu saya ingatkan ya kawan-kawan wanita saya yang lawa comel diluar sana, Bila ada masalah dengan pasangan jangan cepat melenting. Untuk pengetahuan kamu semua, Lelaki ni sangat pentingkan sahabat dia, walaupun sudah kawin dia masih perlukan sahabat karib dia, jadi berusaha untuk jadi sahabat karib pasangan kita . Tidak lah dia lari jauh bila ada masalah. 

Bah~sampai sini saja lah ni hari, bisuk ka lusa ka, kita continue lagi kio.

Wassalam.. 

Oh ya~ Kalau kamu mau share apa-apa boleh email saya terus di shahirahecetera@gmail.com 
insyallah saya membantu yang termampu 


Saturday, 13 August 2016

Boyfriend/Girlfriend Vs Tunang Vs Bestfriend PART1



Assalamualaikum semua, macam mana weekend kamu? siok juga kah. saya macam biasalah kerja pada setiap hari sabtu dan tidak dapat pi tamu KRT Kundasang. Banyak betul kerja dari pagi jadi lupa suda mau menyambung cerita kemarin. However, yesterday's Story saya KIV dulu ya kawan-kawan. let me continue dengan satu cerita menarik. Actually it did happen to myself. Apahal kan? apa kaitan bercinta, bertunang ni sama saya kan. Ok~ lets start the story. i will not going to use nama sebenar dalam watak-watak ni takut akan memudaratkan dan mengaibkan. So, kita sembang-sembang jadikan sebagai pengajaran. 


Reply 1988, adalah sebuah drama korea yang saya ongoing tingu sekarang, best juga sebab dia ada sikit-sikit macam kehidupan saya, beza dia pelakon korea si Hyeri tu kiut, dan saya tidak comel macam dia. Just Kidding! Kalau mau tau cerita dia, you better watch that drama :) , I think, dari kecil lagi sifat saya memang agak boyish, buli lelaki, pernah sekali saya bergaduh sama lelaki hampir dia hempap saya pakai meja belajar.. that's the real me, cuma bila masuk sekolah rendah saya start ikut tarian, nyanyian dan sedikit sebanyak traits saya bertukar jadi gurly begitu. Sejujurnya, saya lebih suka berkawan sama lelaki berbanding perempuan. I love football, i love games, i love anime, i love heavy metal song tidak tau lah, macam tidak kena sama otak saya hahaha, but then thats me.

I got a lot of Male Friend, eh begitukah istilah dia tu, kawan lelaki yang bukan boyfriend. Tapi hakikatnya, walau macam man bestfren pun kamu tidak kira lelaki ka perempuan kamu tidak akan selalu memiliki dia sebagai kawan kamu. in the end, dia akan cari juga pasangan hidup yang pastinya akan lebih penting daripada kamu. huuuuu~~~ it did happen to me recently. I got two bestfren yang sudah bertunang, i mean bestfren lelaki..Err what should i say, am i jelous? semestinya tidak. Saya tumpang gembira sebab diorang sudah pilih someone untuk mengakhiri masa bujang diorang. Cuma masalah timbul bila Bestfren kau masih rapat dan layan kau macam dulu walaupun dia sudah dimiliki. Okey cerita pertama ni, agak complicated sikit so cuba baca dan fahami. 



Kawan saya ni sudah bertunang since tahun lalu, tarikh dia saya sendiri pun tidak tau, before ni saya masih bersama-sama bekas kekasih saya rasanya everything goes fine, Sampailah saya jadi single semua benda jadi serba tidak kena. Dari salah faham, perkara kecil bertukar menjadi besar. The story was like this, Baru-baru ni waktu raya aidilfitri bestfren saya datanglah rumah, sambut raya~ so nak dipendekkan cerita saya pun balas lah kunjungan itu dengan mengunjungi rumah dia juga. Adakah apa-apa kesalahan disitu? sememangnya tiada, namun benda simple begitu jadi rumit apabila tunang kepada kawan saya tahu yang kawan saya tu hantar saya balik rumah. Emm she says "Menyusahkan".. actually ada dua persoalan yang timbul, kenapa kau tidak balik sendiri? dan kenapa kau mesti minta hantar tunang saya? maybe that was the question going trough on her mind. Saya berharap fiance kepada bestfren saya tu terbaca lah cerita saya ni so that dia akan tahu cerita sebenar. 

TRUE STORY BEGIN

kalau saya tidak silap dua hari sebelum majlis raya tu saya sudah contact bestfren saya tu, err saya bagi nama dia ABC lah, mr ABC~~ haha sory kawanku. Then i told him, boleh kah ambik saya sebab saya mungkin tiada transport pergi sana, i think its normal kalau bestfren ambik bestfren dia kan? tidak normal kah? so, petang tu macam yang dijanjikan kawan saya ambik lah saya dirumah, untuk mengelakkan salah faham, saya duduk di kerusi belakang bersama dua lagi kawan yang lain. On that night, saya tunggu satu orang budak ni nyanyi barulah saya mau balik rumah~ sebab tu budak malu-malu betul jadi jam 12.00 am barulah kami balik rumah dan dihantar oleh mr ABC. The next day, i saw tunang MR ABC posted something, i ignore sebab saya rasa bukan saya yang dimaksudkan, dalam hati saya berbisik "let them hendle thier own problem", but thing get worst bila kawan-kawan kepada tunang MR ABC tu pun posted something yang tidak menyenangkan hati. Tapi saya masih ignore sampailah Mr ABC chat saya and told me all those things posted by his fiance was related on me. That moment baru saya tahu, yang his fiance marah betul dengan saya. Look,kawan saya ambik saya dirumah, so dia kena juga bertanggungjawab hantar saya balik. Am I wrong? 

Perkara ni berlanjutan saya pun tidak tau lah sampai bila, sometimes saya rasa macam mau chat jak fiance Mr ABC tu bagitau dia hal sebenar but since dia keep posting di media sosial and didnt even text me or chat me so i assumed that problem has nothing to do with me. From that moment, saya kurangkan berhubung dengan Mr ABC, bila ada perlu sahaja berhubung. No more jokes, no more going lunch ramai-ramai, dinner ramai-ramai, play online games ramai-ramai. I miss the old days, urang bilang kan hehehe. 

Let me end my blog for today, part 2 kita sambung bisuk saja lah aaa.. I hope, fiance kepada my bestfren tu terbuka hati untuk memaafkan saya, kalau tidak mau kasi maaf pun at least she talk, or text me untuk tanya hal sebenar, and i do hope they were both happy. Thats all i think,, semoga diorang cepat kahwin and no more conflict happen between them. Amiinnn... Next story saya akan upload tomorrow. Have a nice day everybody!! :)

Wassalam . 








Friday, 12 August 2016

Cinta Zaman Sekolah? Pernah kah kamu main kirim-kirim surat?

Assalamualaikum, salam jumaat everybody. Memandangkan saya alone duduk di tempat kerja tanpa ada teman yang menemani, saya mau isi lah blog saya dengan kisah cinta saya yang baru berakhir pada bulan Januari tahun ini. opss~~ ini bukan cerita sedih cuma kita berkongsi story :) . 

Rasanya semua manusia tahu apa itu cinta, tidak kiralah cinta kepada ibu bapa, cinta kepada kawan, cinta kepada haiwan peliharaan namun, yang pastinya cinta yang hakiki adalah cinta kepada pencipta. Jadi, sebesar mana pun cinta kita kepada makhluk ataupun apa jua ciptaan Allah SWT jangan kita lebihkan dari cinta kita kepadanya. 

Story C,I,N,T,A yang hendak saya kongsikan ni tentang cinta zaman persekolahan, cinta zaman dulu dengan cinta zaman sekarang sangat jauh beza ok? dulu sekolah rendah tiada Handphone jadi pakai surat jak lah. Kirim salam pakai orang ke tiga, sisip-sisip surat di dalam meja sama buku teks, wah susah betul mau meyatakan cinta. Minggu ni hantar surat, balasannya minggu hadapan hahaha, saya rasa lucu pula ingat . Saya pun pernah melalui keadaan yang sama, persoalan dia cinta zaman sekolah ni cinta monyet ka? Cinta yang benar-benar cinta? 



Kalau kamu rasalah, kenapa bercinta zaman sekolah ni best betul? masing-masing mesti ada reason sendiri. Tapi, beruntunglah yang tidak pernah bercinta zaman sekolah sebab cinta zaman sekolah ni selain daripada membuang masa, malahan ia juga membuang duit. Based on true story, saya dengan teman lelaki masa sekolah dulu bercinta bermula 17.07.2005 and we end up betul-betul berpisah pada bulan Januari,2016 yang tarikh dia pun saya tidak ingat bila. Lama jugalah perhubungan kami, tapi mungkin bukan jodoh dan ada banyak sebab kami berpisah. 

Kami tidak bermula dengan sesi surat menyurat sebab pada ketika itu kami suda start guna handphone . Actually dia adalah boifren kepada kawan saya, but we end up together macam kes curang-curang lah ni. Susah payah curang lepastu tidak sama-sama juga kan? itulah orang cakap buat jahat dibalas jahat, kan sudah kena hehe. Kawan saya yang saya khianati tu pun sudah bahagia dengan insan tersayang dan alhamdulillah dia lebih bahagia daripada saya, hehehe. berbalik kepada story soal cinta zaman sekolah, percintaan zaman sekolah saya agak extreme, WHY? Did something happen? my answer is YES , macam cerita hindustan yang nangis kejar-kejar sana gerai di tengah hujan-hujan. Im dying laughing bila ingat balik OMG!!

Tahun pertama bercinta, banyak betul halangan bila Ex saya ni ramai sangat peminat, kena makan hati sampai lah saya tingkatan 5, wauuu lama kan? tapi percintaan dan dugaan sebenar bercinta adalah bila kami berniat untuk berumah tangga. Rasanya kisah cinta kami boleh masuk drama cerita TV3 ni aa. All the stories akan saya ceritakan di story blog yang seterusnya. 

Banyak kenangan cerita cinta zaman sekolah yang tidak boleh dilupakan, maybe kamu mau share pengalaman kamu? bah kasi email saja saya kita sharing is caring. put ur comment below pun boleh juga kio? 

wassalam :) 



Thursday, 11 August 2016

I get my life back :)

Assalamualaikum, alhamdulillah for another day Allah SWT has given to us

Penat pula rasanya mau becakap bahasa orang putih ni, padahal baru 1 2 ayat. hallo everybody, ini sebenarnya account blog baru saya. Setelah sangat tidak aktif berblogging dengan akaun yang lama. it takes me few months untuk befikir mau buat blog balik tapi bila rasanya banyak benda saya nak share dan ingin luahkan, so i created another blog .


as you can see, this is the new me, dulu muka budak-budak lagi tu di blog lama saya hehe. Saya sudah banyak mengambil langkah perubahan dalam hidup. umur pun sudah mencecah 24 tahun, semakin hari semakin meningkat dan semakin hari semakin tua . Ive learn many things from many people around me dan saya bersyukur masih diberikan kesempatan untuk memperbaiki diri ini. I've gone trough so many things in life, meet up so many friends, talks with all kind of people dan banyak perkara yang saya lalui orang tidak ketahui. Saya harap sesiapa yang akan membaca blog saya ni, week by week saya akan update hehe akan mendapat sedikit manfaat dari saya. Insyallah.

"Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad" Macam pernah dengar ayat ni kah :) , saya masih menuntut ilmu. Keinsafan yang ada dalam hati rasanya umpama secubit garam berbanding hati mereka yang lain, namun saya percaya apabila kita mengingatkan orang lain kita sendiri juga akan mengingatkan diri sendiri. Saya perkenalkan diri saya sekali lagi, Nama sebenar "Nur Shahirah Binti Jamaludin", saya berumur 24 tahun tapi nampak macam 18 tahun kan? hehe, berkerja sebagai temporary assistant di company yang tempat saya kerja tu, Saya meminati bidang muzik, boleh menyanyi, suka bermain gitar, seorang yang sometimes cute dan mudah tersentuh.. errr apa lagi aa? banyak pula saya puji diri sendiri. Mengambil jurusan Diploma Pengajian Perniagaan di UiTM sabah dan seorang yang sangat aktif dalam seni persembahan muzik tradisional. Saya memiliki sebuah kumpulan muzik tradisional bambu yang dinamakan Suara Buluh Perindu Sabah SBPK. Any story korang mau share sama saya, boleh just comment or email saya di [ shahirahecetera@gmail.com ] manalah tahu kita boleh share idea kan? Feel free to speak your opinion orang bilang. So, saya akan start first topic saya pada post yang seterusnya, jangan tegang kita santai-santai saja k?

Wassalam,