Sunday, 29 October 2017

Festival Bunga Kinabalu Serlahkan Bakat Anak Muda


Assalamualaikum WBT

Hai hai hai semua, maaf sebab baru sempat update blog ni kali. Banyak betul tugasan sebagai seorang pelajar ni! okeyy mau cerita sikit sama kamurangs, baru-baru ni berlangsungnya satu festival di mukim Kundasang yang dinamakan "Festival Bunga Kinabalu", macam tu lagu kan.. tinggi-tinggi gunung kinabalu dia bilang. heheh seperti nama Kinabalu yang gah saya dapat melihat sambutan masyarakat melalui sosial media juga sungguh meriah. Sebenarnya saya tidak berada di tempat kejadian sebab masih lagi sini tanah melayu kan. Tapi, saya mau kongsi sama kamurang apa yang berlaku sekitar Festival Bunga Kinabalu. 


Apa yang menarik perhatian saya tentang pesta ini, ia mengenengahkan bakat-bakat anak muda yang mana sukar kita dapat lihat di festival-festival seumpamanya. Emm macam mana mau cakap ah, Festival ni namanya festival bunga kinabalu, baru dari nama kita boleh rasa macam festival untuk golongan wanita, ibu-ibu begitu kan. Namun, Kreatif nya penganjur pesta ini mereka memasukkan elemen-elemen moden yang menjadikan skop Festival bunga ini lebih besar. Yang paling mengkagumkan Pengerusi Festival ini iaitu saudara Nazril Herol Japiril dengan usia 26 tahun sudah berjaya menganjurkan program seperti ini. Lihat saja daripada aturcara, menarik kan? Antara pertandingan yang julung-julung kali diadakan adalah 

PERTANDINGAN SKATEBOARD 

(Sumber dari facebook page festival bunga kinabalu) 

cuba kita usulkan pertandingan seperti ini dimana-mana festival ataupun pesta yang umum dan  bukan untuk belia jarang sekali diterima kan? Tapi di festival bunga kinabalu kita dapat melihat bakat-bakat Skateboarder kita diketengahkan, bukan semua ada bakat dalam bidang begini kan?

PERTANDINGAN BUNGA 

bahagian ini saya suka, sejajar dengan nama festival nya mestilah ada pertandingan bunga kan, namun siapa sangka peserta-peserta yang join pertandingan ini adalah dikalangan remaja hinggalah ke pangkat ibu-ibu, Salah satu johan pertandingan adalah saudari Nur Salfarina yang baru berusia 25 tahun, kegembiraan beliau dikongsi melalui laman sosial dan saya sempat meminta kebenarannya untuk berkongsi kemenangannya di blog saya ini. Tahniah gadis muda pencinta bunga :) 



Comel kan Sijil dia? hehehe, seterusnya 

PERTANDINGAN ACOUSTIC BATTLE 

pertandingan ini pun disertai oleh pelbagai peringkat umur dari yang muda hinggalah yang dewasa. Lagu lagu yang dibawa mestilah bertemakan alam sekitar. Dari video yang saya terima kumpulan yang mendapat johan memang power, mereka baru berusia lingkungan 19 tahun ke 24 tahun tetapi mampu menjuarai pertandingan acoustic battle ini kerana susunan muzik yang kreatif dan kepelbagaian dalam lagu. Antara lagu yang dibawakan adalah "Berita Kepada Kawan nyanyian Ebiet g Ade, Hijau nyanyian Zainal Abidin dan Okon Ko Linundus nyanyian Hain Jasli" kalau saya tidak silap lah hehehe :) 




Banyak lagi pertandingan yang diadakan seperti pertandingan tarian moden dan tradisional, pertandingan accapella dan banyak lagi. Saya dapat lihat festival ini benar-benar berjaya! tahniah pihak penganjur. Festival yang berlangsung selama tiga hari ini bermula 27 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017 ini berkahir dengan jayanya dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Amisah Yasin. Tahniah sekali lagi pihak penganjur, harap tahun depan ada lagi :) 

Saya kongsikan gambar-gambar bunga disekitar festival , share and enjoy. Jumpa lagi kawan-kawan. 








2 comments:

  1. seronoknya dpt attend festival mcm ni.
    kak pip tak sempat nak attend, mr.Husband busy la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak pip, saya dapat khabar dari seberang laut saja. info update dari kawan2 , family dan group2 dikundasang.. takpa kak pip next year kita attend ramai2 hehhe

      Delete