Saturday, 17 June 2017

Bersyukur & Sedar Hidup tidak selalunya indah




Assalamualaikum wbt..

Hai semua, lama saya tidak bercerita-cerita sama kamurang kan? Selamat berpuasa semua, puasa you guys macam mana? Bulan ramadhan saya tahun ini untuk pertama kali diperantauan, sangat-sangat pilu dan menghibakan hati. Btw guys, im here today to talk about kisah saya dengan gambar yang dibawah tu. 

Untuk pengetahuan, singlet tu adalah singlet saya. Koyak rabak tapi ada kisah disebaliknya. Sehari sebelum bertolak ke tanjung malim packing2 barang baru saya sedar semua singlet saya belum kena cuci, tula jalan-jalan saja sampai lupa cuci baju. Im about to throw this singlet actually, sebab koyak rabak sudah, saya sudah letak diplastik tapi sebab terpaksa saya pakai juga ni singlet dengan alasan nanti sampai sana saya buang juga ni, kompom saya beli baru.

Selama satu minggu ditanjung malim menghadapi orentasi intake baru degree belanja kehidupan disini belum kelihatan sangat, tapi agak banyak sudah habis duit sebab beli barang-barang keperluan asas macam baldi, cermin, piring, bantal dan sebagainya. Jadi masa untuk shopping beli baju2 baru dan singlet baru pun belum ada. Saya malu bila orang tau dan nampak ni singlet jadi asal saya jemur saya  akan lapis dengan baju lain, disini kan panas jadi kering jugalah, bila pakai ni singlet saya pakai sedia dalam kamar mandi supaya roomate tidak nampak. 

Bila sudah start kuliah, disitulah baru terasa hebatnya penggunaan duit, bila kau study family yang support rasa payah betul mau minta duit tiap kali duit saku habis, sampai satu tahap saya macam mau give up study sebab nampak kawan-kawan berkerjaya, support family diorang, ada kereta sendiri, saya rasa saya macam manusia yang tidak berguna dan tahu kasi susah family saja. But then, my mum nasihat dan bagi semangat. Saya tahu ibu bapa berkerja keras untuk support saya study. Sebab itu, sepanjang saya disini ketepikan niat saya untuk ada baju bsru, kasut baru, seluar baru yang mana hidup saya yang dlu sangat jauh berbeza.

Kalau dahulu, setiap kali tamu memang saya akan beli baju malahan sebelum saya datang sini pun saya sudah aim sedia untuk beli banyak2 baju disini, but guess what selama 4 tahun disini saya cuma berjaya membeli 1 baju baru sahaja. Itupun selepas berfikir berpuluh-puluh kali. Why is this happen? Tiap kali saya ada duit lebih sikit saya mau beli baju mesti saya ingat baju-baju saya dikampung dan saya tetapkan dalam hati selagi boleh guna , selagi tidak perlu selagi itu tidak payah beli. 

Sebelum ini, saya hiasi hidup saya dengan kehidupan yang sia-sia, kerja membazir, shopping baju sana sini, sebab saya tahu saya ada duir, i never think of masa depan saya, kalau saya simpan wang ringgit yang saya bazirkan tu my family doesnt have to support me now. Tapi penyesalan tu memang akan datang kemudian, dan itulah yang saya alami sekarang. 

Disini saya belajar erti bersyukur, belajar untuk move on dari kisah2 lalu dan belajar untuk lebih menghargai diri sendiri. Baru saya sedar saya cuma ada satu sahaja harta didunia iaitu diri saya sendiri. Semoga kita terus diberi kekuatan menghadapi hari-hari mendatang, dan semoga dipermudahkan untuk saya balik kampung esok. Thankyou everysbody , selamat hari raya!! 0 0 tauu ,:) 



Monday, 20 March 2017

DISIPLIN DIRI ! Kenapa kena ikut peraturan ?


Assalamualaikum semua :) , lama saya tidak buat entry kan. Rindu mau berkongsi dengan you all semua. Today saya mau berkongsi pasal disiplin, nampak macam serius betul topik dia kan? but actually I want to share pengalaman saya. Its already 5 week saya disini dan saya sangat-sangat menyesal dengan masa lalu saya yang ada kaitannya dengan disiplin ni. 

Bila orang kata, tidak malukah membuka pekung sendiri? menyelak kisah silam yang lalu? - (Reyna Ibrahim ) Namun, bagi saya sebuah perkongsian yang boleh mengingatkan dan mungkin membantu orang lain adalah yang sebaik-baiknya perkongsian. Entry ini saya tulis untuk sesiapa sahaja yang sedang mengalami keadaan ini ataupun yang telah mengalaminya sebelum ini. 


Manusia dikurniakan nafsu dan akal fikiran, dan akal itulah yang digunakan untuk berfikir namun manusia ini juga makhluk yang sangat suka melanggar peraturan. Setiap peraturan yang ditentukan itu ada baik buruknya tapi kita harus fikir akibatnya melanggar peraturan. Biasalah penyesalan akan datang setelah kita merasa kesusahan kerana melanggar peraturan. Ya, dan perkara itu benar terjadi pada diri saya and im sure everybody experienced it because nobody is perfect kan? 

Zaman persekolahan saya adalah zaman dimana jiwa memeberontak, semua peraturan hendak dilanggar. Well you know macam hati ni ulang-ulang suruh "Bolos Saja Dinding Itu" hahahaha. Saya ingat lagi pesan arwah cikgu pendidikan jasmani saya "tidak perlu bercinta sekarang, nanti di universiti kamu akan jumpa lebih ramai" dan sememangnya perkara itu benar. Orang yang lebih dulu makan garam bila dia bagi nasihat kita kena dengar guys, jangan lawan dan jangan buat tidak tau. Melihat adik-adik saya di sekolah rendah dan sekolah menengah sekarang saya sebenarnya ingin sangat mereka tahu bahawa percintaan zaman persekolahan adalah yang paling membuang masa. Syukur saya bukan dilahirkan dizaman ini, kemungkinan diri semakin susah untuk mengawal hati jika saya berada dizaman remaja sekarang. 

Bila peraturan di sekolah suruh jangan ponteng kelas, saya ponteng jugak. Bila dia kata datang sekolah tepat masa saya lambat datang, dan bila ustazah suruh jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan saya gatal jugak mahu trip gangster bergaul bebas dengan lelaki dan perempuan. Guys, jika you all jaga batas pergaulan dari awal hati juga akan terhindar dari perkara-perkara tidak baik. Disiplinkan diri untuk mengikut apa yang diajarkan dalam agama kita, apa yang dituntut dalam agama. Saya bersyukur kerana masih diberikan nafas untuk mengubah diri setiap hari. Namun, iman manusia ni kena top up, ada pasang surutnya, jika kita melakukan kesalahan lagi cepat-cepat muhasabah diri. 

Kenapa saya menyesal dengan masa lalu? saya sangat menyesal kerana ramai yang mengingatkan saya cuma saya sangat dengil dan tidak mendengar kata. Saya mensia-siakan masa selama 10 tahun berada dalam hubungan percintaan yang tidak bermakna. Syukur masih dipanjangkan umur dan diberi jalan untuk melihat apa yang seharusnya saya lakukan dalam hidup. Ya, kita perlukan cinta namun kita harus melihat kesesuaian masa. Bila ayah saya suruh study Form 6, saya degil sebab rasa form 6 tu kurang Cool, hahahahaha then i end up taking diploma's which is i had never think i should take. 

Namun, zaman universiti saya ternyata menemukan saya dengan dunia luar dan kawan-kawan baru yang banyak membantu saya memperbaiki hidup, tapi kalau dengar kata ayah saya tu tidak lah saya terpaksa belajar sampai tua-tua bengini hahahha. well thats my past, saya bersyukur sebab saya masih diberi rezeki untuk menyambung pelajaran. So guys diluar sana pesanan kedua dengarlah cakap ibu bapa. Orang cakap Doa ibu bapa tu sangat makbul. Kadang-kadang ada keluarga yang menyuruh kita untuk berhenti belajar kerana masalah kewangan, jika benar tidak mampu kita behentilah untuk bantu keluarga pasti ada hikmahnya believe me! sebab masuk Universiti ni kita kena tetapkan dihati bukan untuk mahu cari kerja tapi untuk kita cari ilmu. Ok guys!

Saya mula risau dengan anak-anak buah, sepupu sepapat saya dan ramai lagi yang saya lihat pergaulannya, gayanya, hampir sama seperti saya dizaman dahulu kala. hahahahah kita tidak boleh nilai orang hanya dari pandangan mata atau post-post mereka di media sosial namun, adik-adik kita haruslah sedar zaman persekolahan adalah zaman dimana kita harus bergembira dengan pelbagai aktiviti di sekolah, fokus pada pembelajaran di sekolah dan ingat untuk banggakan family you all. Sis bercakap berdasarkan pengalaman. Dont Break The Rules! kamu akan mengalami situasi kematangan itu bila tiba masanya, trust me! 

We share because we love each other, Dont waste your time on something that doesnt worth anything, and lastly Dont Break The Rules! 

Jangan lupa setiap kali anda rasa hati sudah mula rapuh, banyakkan istighfar dan ingat pada Allah SWT, sama-sama kita berubah ke jalan yang lebih baik, tapi jangan terlalu extreme juga sesuaikan diri dengan environment ok? 

sekian saja buat kali ini. Wassalam :) 

Wednesday, 8 February 2017

Tua-tua masih mau study?

Assalamualaikum wbt semua!!
Lama saya tidak cers cers sama kamurangs kan? Sebenarnya banyak saya mau kongsi sama kamurang tapi tiada saja masa. Dan ada satu kejutan dari saya untuk kamurang! Saya jadi student balik!!

Macam dalam tajuk saya tu berbunyi, tua-tua pun mau study lagi? Menuntut ilmu ni tiada batas umur bah kan? Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad dia bilang tu. Berbalik kepada cerita saya jadi student balik, ni kali sy ganti genre pigi pendidikan muzik. Yang genre paling saya mau dari umur tingktan 5 lagi. Alhmdulillah baaaaarulah skrg dapat. Happy jugala :)

8feb2016 bersamaan hari ini, kami telah rasmi menjadi Anak suluh budiman hahahahh. Sy curang sikit sama Uitm dihatiku. Sepanjang 3 hari orentasi banyaklah ilmu saya dapat, dan banyak juga yang saya tidur. Haahahahahahha. Tapi orentasi dia tidak mcm Uitm laa, cuma bab orentasi saya rasa Uitm lagi ok. Hehehe bukan membandingkan, opinion saya jak. Ada satu slot ni yang betul² berguna "leadership development", drg jemput penerbit radio, pembca bereta dan ikon pelajar aka pembaca perita juga laaa...pasal isi kandung cerita nanti saya sambung dinext blog aaaa. Keep in touch! Ngantuk , penat berorentasi. Terima kasih UPSI.

Wassalam