Friday 6 October 2017

Tempat-Tempat Menarik Harus Kamu Kunjungi Jika Datang Ke Kundasang


Assalamualaikum w.b.t..

Hai semua.. lama tidak buat entry kan? terlalu sibuk dengan kehidupan hahaha. ni hari saya mau buat entry pasal tempat tempat menarik di sekitar kundasang yang WAJIB kamu kunjungi kalau kamu datang kundasang. Macam yang kamu tau kundasang adalah salah satu pusat pelancongan yang kini terkenal diserata dunia, so kalau kamu datang Kundasang, tolong jangan lepaskan peluang bergambar dan mengujungi tempat-tempat ini. 

Kalau kamu mau cari tempat bergambar yang cantik kamu boleh pergi tempat tempat ni :- 
1. Crystal Hill Resort 

2. Kinabalu Heritage Hotel & SPA

3. Benjamin Residence

4. War Memorial Kundasang

5.Desa Dairy Farm 

Itu adalah tempat-tempat yang orang biasa datang, tapi memang kamu round Kundasang kalau 1 hari saja kompom tidak puas, So, saya bagi kamurang tempat-tempat yang paling berpatutan untuk kamu tidur ketika dikundasang. 

1. Puncak Homestay 

2. Walai Tokou Homestay 

4. D'Olundus 

Dan banyak lagi homestay lain, kalau mau senarai homestay-homestay Kundasang, boleh search saja yah. Tapi  homestay ini adalah homestay yang dekat dengan pekan dan senang kamu jalan kaki saja pigi pekan. hehehe.

Untuk yang hikers! kamu jangan lepaskan peluang naik 4 bukit ni kalau kamu datang sini, view dia memang cantik tertarik memang da bom! hahahah

1. Bukit Dondon/Crystall Hill

2. Sosodikon hill

3.Pyramid Hill 2 (dia jauh sikit dari sosodikon) 

4.Maragang Hill, (Ni yang baru buka di mesilou) 

5. Tinorindak Hill

Bah, bagi yang suka makan pula, saya kasi recommend kamu ni tempat yang sadap mau makan :

1. Kelisa Cafe & Catering, Ni wajib kamurang singgah dan makan menu yang paling sedap SINALAU AYAM.

2. Nasi ayam antarabangsa, disini menu dia paling sedap Sayap Ayam Panggang sama Buntut ayam pangang sodap! murah lagitu...

3. Puteri Nabalu, sini yang paling sedap steamboat dia thorbaek!! dan pelbagai jenis kek yang akan menawan hati anda. 

Terdapat banyak lagi tempat menarik di sekitar ranau yang boleh kamu kunjungi macam 
1. Arnab Village
2. Marakau Bombon
3. Marakau Cabin Lodge
4. Luanti Fish Spa
5. Sabah Tea
6. Poring Hot Spring
7. Puncak Borneo
8. Kinabalu Park

dan banyak lagi tempat tempat yang kamu pasti akan tertarik, bah mari kamurang ramai-ramai datang kundasang! jom~

3 comments: