Wednesday, 5 October 2016

Pyramid Hill a.k.a Bukit Sosodikon Hill Kundasang


Assalamualaikum semua, alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas untuk hari yang indah ini. Lama tidak buat entry kan, cerita pasal Krabi pun belum sempat saya share. okey, itu kita skip.. apa kata kita berstory pasal aktiviti yang semakin menjadi fenomena sekarang. "Hiking" hehe semua orang mencari bukit bukau untuk dipanjat. 

pada cuti minggu lalu, saya dengan kazen and kawan kepada kazen tiba-tiba ja rancangan kilat naik bukit yang dipanggil Bukit Pyramid ataupun Sosodikon Hill. Bentuk bukit-bukit yang unik seperti pyramid menjadikan ia Bukit yang wajib ditawan oleh Pemburu bukit. 



Berlatarkan Gunung Kinabalu, what a very nice view. thats all i can say. Indah betul ciptaan yang maha esa. I keep on praising lepas sampai dipuncak. Saya baru naik sekali, tapi sedikit tips supaya kamu dapat ke puncak dengan selamat berserta pemandangan yang indah pun kamu dapat capture. Cuba write down dan try Tips ini. 

1. Bangun awal, jalan jam 6.00 am atau Jam 6.30 supaya kamurang boleh tengok Sunrise. Haritu we missed the sunrise sebab pukul 7.30 suda naik bukit.

2.Jangan pakai kasut yang licin atau hilang bunga :) , bukit dia agak curam dan sangat kurang rumput-rumput untuk berpaut. so be carefull.

3. Ikut jalan yang selamat, ada beberapa jalan untuk mendaki bukit ni, jalan yang terbaik untuk kamurang ikut adalah trek yang ada perigi, ataupun lembah. saya pun tidak tau mau explain macam mana, tapi lebih elok tanya orang kampung sekeliling ok? trek yang kami naik sangat-sangat curam dan berbahaya, So,I dont want you to made the same mistake ;)



Inilah jalan yang kami lalu, permulaan trek bersebelahan rumah yang terbiar dan separuh siap. Jangan ikut trek ni ok?

4. Kalau mau turun, ikut trek yang berperigi tu, agak jauh tapi selamat :)



Perjalanan ke atas mengambil masa kira-kira 15-20 minit, sekejap ja bah. Err, Lokasi dia di Kampung Kauluan, Kundasang. Kalau kamu naik ke Mesilou, akan ada satu simpang Ke kampung Kauluan sebelum jalan naik ke Desa Cattle. Senang cerita kamu Waze saja. Tapi jangan pula kamu pi masuk kampung kauluan tamparuli k? hehe.. 

Goodluck yang mau naik ya! Selamat mendaki . Assalamualaikum :)










2 comments:

  1. assalam..nak tnye....sosodikon hill, crystal hill dgn pyramid hill...tempat yang same ke??

    ReplyDelete
  2. Hi mohd syamim. X sama. Tapi pyramid hill dengan sosodikon hill ni berdekatan. Di area yang sama. Iaitu area "kampung Kauluan" manakala crystall hill pula di "kampung Sinisian"

    ReplyDelete